Bila? 23 Disember 2012 - Ahad
Kat mana? Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Pukul berapa? 10 pagi sampai 6 petang.
Aku cut & paste saja ya.
Kami dengan sukacitanya menjemput tuan dan puan bagi memeriahkan karnival amal ini, dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik. Antaranya adalah:
- Booth jualan buku, makanan, pakaian dan pelbagai lagi, dalam dan di luar dewan.
- Sesi lelongan barang.
- Jualan benih-benih sayuran dan tanaman organik.
- Pertunjukan dan perkongsian cara menggendong bayi (babywearing), lampin kain (cloth diapering), dan asuhan alami.
- Khidmat kaunseling penyusuan secara PERCUMA.
- Aktiviti kraf felt dan melukis untuk kanak-kanak.
- 'Bouncy Castle'.
- Jualan bundle.
- Tayangan 'Gentle Birth'.
- Kawasan dewan yang selesa untuk anak-anak dan ibu bapa.
- Kemudahan bilik penyusuan, tandas, dan parkir yang mudah.
________________
Mari sama-sama sertai kami dalam memeriahkan karnival ini. Isikan form berikut sebagai menyatakan kehadiran tuan dan puan :)
http://bit.ly/RqTy4i
Hashtag twitter #karnivalsijantunghati #tabungdoaibrahim
Semoga dengan terlaksananya karnival ini, objektif mengumpul dana tercapai, malah dapat turut membantu sahabat-sahabat adik Ibrahim yang lain. Kehadiran adalah percuma! Terima kasih.
No comments:
Post a Comment