Cari Something?

Selasa, Januari 08, 2013

Ada Orang Merajuk

Balik dari kelas semalam, dia bagitahu Azri patutnya naik kelas Kiu 2. Sebab dia tau menulis. Kiu 2 dah banyak fokus benda lain. Tapi dia taknak. Mungkin dah attach dengan kawan-kawan dalam Kiu 1 ataupun taknak jumpa cikgu baru.

Speech therapy pun dia tak berapa nak bagi kerjasama. Sebab cikgu lain. Hahaha. Adoi la hai. Letih la nak kalau satu cikgu nak buat semua benda. Nak tak nak kena terima benda ni dengan cikgu lain, benda tu dengan cikgu lain. Harap sangat sesi berikutnya nanti dia OK.


Hari ni, dia tak pergi sekolah. Puncanya hari ni kena pakai baju putih sebab ada taekwando. Tapi dia pilih baju warna lain. Terus merajuk. Merah mata hidung semua. Hempas pintu somemore. Kau boleh bayangkan budak tak dapat nak luahkan ikut percakapan, dia luah ikut bentuk lain.








Aku pun tak tau nak tutup post ni macam mana. -____-.

Tiada ulasan: