Cari Something?

Khamis, Januari 10, 2013

Tak Lama Lagi, Insya-ALLAH

Semalam ada kelas Cued Speech untuk parents. Dia tolong amikkan video untuk aku. Aku ni memang jenis yang agak slow kalau belajar ikut kertas. Nak buat kapal layar pun tengok youtube :P In this case, Cued Speech untuk Bahasa Melayu agak berbeza dengan English. So, yang aku dok perhati kat youtube, bila aku nak bajet eksen kejap dengan dia, memang lain. Kahkahkahkah. Adoi la hai.

So, Azri pun dah mula ada homework. Dia memang boleh menulis. Tapi all this while, kami train dia guna huruf besar. Sudahnya bila ada huruf kecik, dia punya tulisan tu agak kelakar. Slowly ye Azri. You can do it!   Bab2 mewarna dia OK. Macam style aku. Buat garisan keliling then baru kaler. Haha.


Bila practise buat Cued Speech dengan abahnya, dia boleh ikut. So far baru bab2 vokal. "aa" ke depan. "ee" dan "uu" kat dada, "oo" dan "ae" kat bawah bibir. Harap aku tak silap. Nanti kalau ada yang tak betul, aku edit balik posting ni.


I believe in the next few days, aku boleh dengar perkataan "Ibu". Been waiting for so long. Insya-ALLAH. Makbulkan lah ya ALLAH.


From now on, nak practise konsonan pulak. Ada 8 je pergerakan. TAPI, ada 2-3 huruf dan kadang-kadang lebih untuk 1 pergerakan. Dasar dah lemau lama tak belajar, a bit slow la untuk aku. Buat gesture "Ini tomato. Ini foto mama." pun kelam kabut. Dah macam apa je tangan aku terkelepai kelepai. Sebab bila perasan salah, nak cepat-cepat betulkan. Karang tak sampai maksud aku kang. Hahaha.


OK lah. Semoga yang baik-baik aje untuk korang hari ni. Take care!

3 ulasan:

lia berkata...

InsyaAllah k.yan... saya doakan Zeri akan sebut IBU... sy tahu xcited & sebaknyer nnt...

cysev3n berkata...

lia,
thank you! thank you!

knv berkata...

akak doakan banyak banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

love u dik!

hugssssss