Cari Something?

Khamis, Januari 31, 2013

Nisa is 5

Semalam, kami bawak Nisa ke klinik untuk cucuk 5 bulan. 3 serangkai. Ikut schedule, tinggal lagi satu je la lepas ni sebelum rest panjang.



Budak ni dah 7.9kg. Dah masuk level berat normal. Last time duduk kat 97th percentile. Yahahaha. Mungkin sebab dia dah melasak. Dah meniarap, menelentang. Dah berpusing. Keluar dari alas toto dah banyak kali. Kau ubah kejap, dia guling 2-3 kali, keluarla. Ni tunggu je la bila dia nak merangkak & duduk. Hisap jari ni bila dah lapar nau. Protes le kaedahnya.


Kat klinik semalam, nak jadikan cerita, luar tu kosong. Tapi ada patient dalam bilik doc. Nisa ni, dengan seronoknya test suara. Memang mujur la takde orang. Dia bukan nangis, style kuarkan suara pitching yang tinggi tu. Heeee. Bingit jugak la telinga aku hoi. Pulak tu orang kat kaunter dok agah2, makin menjadi-jadi.

Then ada lelaki masuk. Duduk je la baca paper. Aku harap Nisa tak kacau la dia baca2 paper ni. Alih-alih lepas patient yang kat dalam tu keluar, dia masuk. Aku hangin la jugak. Letih dah ni dok dukung budak bertuah ni ke hulu ke hilir.


Tetiba nama Nisa kena panggil, tu dia. Doc rupanya. Kahkahkahkah. Adoi la hai. All in all, everything went well. Nisa tak nangis pun sebab kena cucuk kat vonvon. Lesson learnt. Dulu buat kat peha, tak cukup telinga kau nak tadah dia punya raung.

Post ini diakhiri dengan gambar basi dekat twitter ---


Rambut gerbang efek ditiup angin :P


Sekian.

4 ulasan:

JuE berkata...

Oit.. lg besar dr afif maaa...afif pn skrg nk masuk 9 bulan dlm 8kg++.. next week br ke klinik blk

cysev3n berkata...

J,
tau takpe. haha. bila laaa auntie jue nak mai tengok kami ni.

lia berkata...

Kak... Melepak putih betol nisa ni.... Anak dara saya lhir 28/8, lat sehari lps nisa lahir je kan...

Btw akak tnya psl gg 2, zara xde gg g... Adkh nisa da ada gg?

cysev3n berkata...

lia,
nan hado. haha. tp dia dah ada bunga2 mengetap.