Cari Something?

Tuesday, January 29, 2013

Merudum

Tetiba momentum memblog merudum balik. Haha. Patutnya dah ada BE, kena la lagi cargas :P

Cuti panjang, blog pun cutilah kan. Apa ke gaya anak-anak yang ramai itu ada membongkang kat rumah, aku hadap PC plak kan. Kasik can la kat diorang nak tengok Youtube ke, layan game kejap ke. Sebab time sekolah, benda-benda ni kami limitkan seboleh mungkin.


Cewah, ayat bajettt.. padahal sebab laptop aku dah kaput. Ya, laptop yang ini.. Tak sempat 3 tahun. Kahkahkahkah. Dasar. Dah bukan aku sorang je yang lenjan. Actually not totally kaput. Tapi semedang le kena Physical Memory Dump. Yang screen biru tebabom tu. Aku check kat google, something wrong dengan registry yada yada yada. Nak clean up registry, kena beli software USD34.95 (yang aku jumpa la).. Tunggu la dulu. Lagipun takde apa yang urgent. Nak buat apa-apa, PC ni ada. Duit yang ada baik aku bawak beli baju budak.


Speaking of beli baju budak, my recent purchase dah dalam kapal terbang. Yay! Kita tunggu dulu camne ke gaya rupanya. Lepas-lepas ni, kalau ada yang nak kirim aka join, roger la hamba. Boleh share duit shipping (motif sebenar) kahkahkah. Adoi la hai.


Gelak-gelak jugak, tapi aku serius. Sapa ada rasa nak membeli, sila roger. Email aku ada je terbentang kat Contact Me tu.

2 comments:

lia said...

Ceh kak yan... Ingt kan merundum susu tp cm xlogik sbb akak dgn anak dara 24/7... Da jd landmark lak merundum 2 dgn susuibu bg sy he3

cysev3n said...

lia,
uish, mintak jangan la. ni pun belum start P. kalau dah start, wallahualam kaedahnya.