Cari Something?

Thursday, March 21, 2013

Bukak Akaun GIRO Untuk Elaun Murid Khas

Since anakanda ketiga termasuk dalam kategori orang kelainan upaya, maka dia layak untuk mendapat bantuan elaun murid khas. EMK namanya. Elaun Murid Khas. Boleh baca lanjut kat sini


Meh baca syarat-syaratnya dulu.

Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia - checked
  • Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - checked
  • Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:
    • Prasekolah -- checked
    • Sekolah-sekolah rendah dan menengah
    • Sekolah agama
    • Kolej Matrikulasi
  • Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - checked
  • Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. -- checked

Yang belum check, bab kat bawah ni

Pembayaran 
EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hahaha. Belum bukak akaun BSN yo. Sakan aku menggodek website BSN. Tapi takde permohonan online, KECUALI untuk Giro e-Saver. Minimum RM500 kau.

Makanya, haruslah kita berbondong-bondong ke branch untuk merealisasikan pembukaan akaun ini. Ada 2 choice, either BSN GIRO-i Savings Account ataupun BSN Basic Savings Account - i. We'll see mana yang akan sangkut nanti.


2 comments:

dwi said...

sya nak tnya>>bagaimana cara masukkan duit dalam buku giro-i?adakh dengan menggunakan borang deposit/bayaran/tuntutan ?mohon pertolongan>>

cysev3n said...

dwi,
kalau tengok tadi, tak payah borang pun. Pergi je kat kaunter dan serah duit & buku/IC.