Cari Something?

Khamis, Mac 07, 2013

Dua Puluh Tujuh Minit

Setelah 2 malam tak jumpa Azri, malam tadi masa dia nak hantar baju tambahan, aku IKUT! Hahaha.

Walaupun dia kata, kita pergi sana nak bagi baju kat cikgu je. Tak boleh jumpa Azri. Takut dia nak ikut kita balik. Aku kata, takpe. Dapat tengok bumbung hostel pun jadilah.

Sampai sana almost 10pm. Dari jauh aku tengok je dia passkan beg baju kat cikgu. Tapi tiba-tiba aku nampak kelibat budak kecik dok salam tangan dia. Ada kereta tengah hadang so aku tak berapa jelas. Sekali datang ke kereta berpimpin-pimpin.

"Dah boleh balik ke? Dah boleh balik?"
"Takde lah.Cikgu kata bawak jalan-jalan kejap je."

Jadilah.

Merasalah round-round kejap dalam kawasan UKM. Besar jugak UKM ni. Haha.. dan-dan aku rasa tempat aku belajar dulu kecik.

Sepanjang dalam kereta, macam2 bunyi dia buat. Bercerita la tu. Sepatah apa pun memang la tak paham. Kitorang angguk je. Bawak pi Petronas, belikan Ribena. Pastu kitorang gerak balik.

It was a good twenty seven minutes.




Aku pandang je dia balik ke hostel. Sekali terjatuh la pulak. Dia excited nak tunjuk tingkat mana dia duduk sekali tak pandang bawah. Nangis-nangis peluk abahnya. Abahnya dukung naik atas. Lama. Aku dah pikir macam-macam. Teruk ke dia jatuh tadi? Dalam dok risau tu, dapat SMS dari dia. Azri tak bagi lepas. Nangis-nangis mintak abah tido sebelah dia macam biasa. .........


Almost one hour baru abahnya turun.

Cikgu pun kata dia memang terbangun malam-malam menangis. Mana la taknya.. dia tertidur kat mana sekalipun, once dia bangun memang dia cari kitorang. Tau-tau ada je kat sebelah. Tau-tau ada je kat hujung kaki..

Tak lama je lagi Zeri.. Weekend ni kita qadha' balik ya.

4 ulasan:

sw33tdarling berkata...

alahaiii siannya...

lia berkata...

alaaaa kak... saya yg berair bijik mata ni.... wooowoooo....

mirah berkata...

eh saya tertinggal kereta api ni. Zeri gi mana kak? Huhu sedih pula baca ni..

cysev3n berkata...

korang,
mak dia dah happy dah pasal Zeri dah balik :) kalah bertanding pagi tadi. skarang tengah qadha tidur. nampak nau dia tak berapa tidur kat sana.

mirah,
ada program BAKTI utk anak2 istimewa ni. ada bertanding macam2 & karnival kat putrajaya.