Cari Something?

Ahad, Mac 17, 2013

Tercalar Rekod

Dia dah balik. 11am+ semalam. Anak dara yang demam semula tu, melekat je sepanjang masa. Anak abah sangat.

Yeah, aku survive hampir seminggu tanpa dia. Uruskan budak2 5 orang ni. Pergi sekolah, balik sekolah. Memang ada hiccups, especially bila Nisa mengamuk-ngamuk taknak duduk dalam carseat. Mujur perjalanan tak berapa jauh. Tapi skill nak memekakkan telinga aku belum cukup kuat. Stress hoi nak drive sambil dengar baby menangis meraung.

Dan, training drive aku yang berlangsung selama dia takde tu, tercalar pada hari terakhir training bilamana aku langgar tong sampah sendiri masa nak ambik anak yang tua dari sekolah. Hahahaha. Kemik wa cakap lu. Aku tekan-tekan dari dalam, tong tu OK la sikit, tapi tetap kemik. Tak menahan tengoknya. Skill bajet ruang pun kantoi lagi. Ingat lepas, sekali, amik kau..


Oh, cukuplah.. Semoga tidak perlu ditinggalkan lagi untuk jangka masa yang lama sebegini dalam waktu yang terdekat.

Enjoy your weekend!

Tiada ulasan: