Cari Something?

Friday, April 05, 2013

Panas Berbahang

Nak dijadikan cerita, dalam 12.50 am malam tadi, rumah ketiadaan elektrik.

Dan-dan jugakla tuan puteri Nisa pun bangun. Berpeluh-peluh anakanda tersebut. Aku pun sakan la mengipas. Abahnya dukung ke sana ke mari.

Lepas tu, start.. bangun sorang-sorang.. NaniNani bangun.. nangis-nangis suruh bukak kipas. Bila kata letrik takde,

"Kipas dah rosak ke?"
"Lampu pun semua rosak ke?"

Aaaaaa.. dah jawab, tanya lagi.. Orang dah le panas ni. Malam tadi berbahang sungguh rasanya.

Then anak bujang no 2 pulak. Lepas tu anak bujang no 1.



By 2am+, aku dah ngantuk gils. Nisa memang la taknak tidur. Dalam gelap tu sibuk jugak nak mengexplore. Last-last aku letakkan je kat bawah. Semedang orang lain semua tak tido lagi, confident la aku nak biarkan.


Aku terjaga masa orang dah mengaji sebelum azan Subuh. Nisa nangis. Kuat. Time tu kipas pun dah berpusing.


















Yang tak bangun langsung malam tadi, adalah no3. Pergh, boleh lena dia dalam panas-panas tu. Nisa pulak, kesannya dah 2-3 kali bangun nangis. Tapi yang aku dengar tu, memang yang ke-3 la. Hahahaha. Tidur pengsan gils.


Apapun, syukurlah kipas dah berpusing semula.


4 comments:

syalinda johari said...

dapat bayangkan keadaanya macam mana..hahaha..

sekarang ni musim panas malam2 pun..
lepas mandi pun rasa nak berpeluh balik..

lia said...

aigoooo kak... hazabbbbb... da la skng musim panas giler x hengat donia....

tp hebat la #3 x jaga mlm td he3

Mynie said...

ingatkan panas tang lain hehe ;p (musim pilihan raya)

cysev3n said...

linda,
betul.. melekit-lekit rasanya.

lia,
memang.. paling sian masa Nisa nyusu.. peluh-peluh abis semua.

Mynie,
blog ni takde posting politik. haha