So, Jumaat yang berkat minggu lepas, adik aku dah selamat jadik husband orang. Tepat 9.29 malam. Hahahaha. Lepas je saksi kata sah, aku macam takde keje lain pi check time kat handset :P
Macam kejap je masa berlalu. Baru puasa lepas dia gagap-gagap bagitau nak ziarah keluarga bakal isteri. Puasa ni, dah tak duduk dengan kami dah.
Macam baru je dia kata dah booking rumah untuk duduk lepas kahwin, ni.. aku tunggu time je dia nak angkut barang-barang keluar.
Masa nak majlis akad, adik perempuan aku cakap..
"Kejap la mesti mama nangis. Angah pun sedih ni. "
"Perasaan along dah mati sejak dia kata dia dah bayar deposit rumah sewa."
That was last March kalau aku tak salah ingat.
Semoga kekal bahagia sampai syurga ye dik.
(Aku panggil dia adik, walaupun dia 2nd last bongsu. Pasal adik yang paling bongsu lambat nau keluar)
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
No comments:
Post a Comment