Cari Something?

Khamis, Jun 13, 2013

Minta Halal Makan Minum

Semalam, adik aku datang dengan wifenya. Kemas barang-barang dalam bilik. 10.15am dia sampai. 1.30pm dia chow. Sempat la makan lunch yang aku siapkan macam nak tertanggal kain skirt bagai kena gayut dengan Nisa ni ha. Hahahaha.


Banyak jugak. Diorang pool barang-barang kat hall. Tu diaa.. Macam tak sangka je tersumbat dalam 1 bilik selama ni.


Later in the evening, diorang mai lagi. Kali ni nak amik motor dia pulak. Datang beserta pisang goreng dan keropok lekor yo. Tinggal aku nak buat air ja.


Gedebuk gedebak, sampailah sesi salam-salam. Adik aku salam dia, mintak halal makan minum selama tinggal dengan kami. Dang! Terus bergenang air mata. Nyampah nyaaa.. Hahahaha. Aku ingatkan perasaan sedih aku dah takde. Masih bersisa rupa-rupanya.

Then dia salam aku. Senyum je lah. Tak daya aku nak bercakap.


Malam tu, bilik tu selamat dah jadi ruang kerja untuk dia. Aku pun tulis ni thru bilik tu. Bajet workstation la ni. Bajet..

Makanya, official sudah adik aku berpindah keluar. Wuwuwuwuwuwuw. Aku dah tak sanggup nak sedih-sedih macam ni lagi. (Ni macam sama je dengan reason kenapa aku dah tak bela kucing. Sebab penat nangis-nangis bila kucing mati/hilang).



1 ulasan:

syalinda johari berkata...

huwaaaaa...memang akan terasa ke'sebak'kan itu...