Cari Something?

Wednesday, June 05, 2013

Perasaan Apakah Ini

Cepat sungguh masa berlalu. Hari tu dok countdown bila nak cuti sekolah. Tup-tup cuti sekolah yang ada 17 hari tu dah tinggal 4 hari!

Drill laundry yang tak berkesudahan akan berulang semula.

Budak-budak kurang sihat sekarang. Yang tiptop adalah Azri & NaniNani. No 1 dengan No 2 batuk, no5 tambah -- batuk & selesema. Ya, anak yang menyusu ibu sepenuhnya bukanlah superman ya. Tetap jugak la ada sakit-sakitnya. 

Jumaat ni nak ke Kuala Kangsar, insya-ALLAH. lagi 2 hari je adik aku nak pegang status bujang. Rasa macam tak percaya pun ada. Mungkin ini sindrom kakak sulung. Kita pernah jaga adik-adik kita masa kecik, so tetiba bila dah besar & nak kahwin, kita rasa macam, seriously? really? 

Tapi tu mungkin aku je yang rasa macam ni.




1 comment:

Asbanffy said...

Great reading thiss