Drill laundry yang tak berkesudahan akan berulang semula.
Budak-budak kurang sihat sekarang. Yang tiptop adalah Azri & NaniNani. No 1 dengan No 2 batuk, no5 tambah -- batuk & selesema. Ya, anak yang menyusu ibu sepenuhnya bukanlah superman ya. Tetap jugak la ada sakit-sakitnya.
Jumaat ni nak ke Kuala Kangsar, insya-ALLAH. lagi 2 hari je adik aku nak pegang status bujang. Rasa macam tak percaya pun ada. Mungkin ini sindrom kakak sulung. Kita pernah jaga adik-adik kita masa kecik, so tetiba bila dah besar & nak kahwin, kita rasa macam, seriously? really?
Tapi tu mungkin aku je yang rasa macam ni.
1 comment:
Great reading thiss
Post a Comment