Pejam celik dah 12 Syawal. OMG OMG. Budak pun dah start sekolah balik.
Raya tahun ni, asal tahun ganjil je, makna ha, beraya sebelah di sana. Maka, hari Isnin malam lagi dah gerak balik PD. Motif? Dia nak ke laut. Sempat lagi nak menjaring. Rezeki puasa hujung-hujung ni, merasa la ketam bagak-bagak. Macam biasa, ikut tekak Amir --- ketam masak gulai lemak cili padi
Malam raya was fun. Macam biasa, dah rutin kat PD ada acara takbir dari rumah ke rumah. Bebudak la paling excited. Merasa dalam pre-duit raya kaedahnya. Tapi anak-anak aku dapat ikut sket je kes kena tinggal dengan sepupu-sepupu yang lagi besar. Langkah belum cukup panjang bro. Next year OK?
Tema baju raya adalah sama seperti baju yang dipakai masa kenduri adik aku bulan 6 hari tu. Koser nak buat baju banyak-banyak. Mujurlah baju lama pun masih muat. Heeeee.
Thanks to dia sebab macam biasa (eh, banyaknya macam biasa kau), dia akan bawak kami ke Jelebu untuk jumpa parents aku kat sana. Ya, parents aku masih beraya di belah kampung memasing. Sejak dari kecik, BELUM SEKALI PUN RAYA KAT JB/KL (DULU). Dapat jumpa parents 2-3jam pun jadilah. Then, sambung raya kat PD semula.
Ahad, dah balik KL. Kus semangat bila tengok rumah bergelap. MEANS, ada kejadian trip di situ. Aku dah standby idung kot-kot terbau barang beku busuk. Syukurlah benda tu baru jadi. Sebab ais belum cair completely. Syukur sangat-sangat.
Dah, tu je cerita raya. Selamat kembali ke realiti ---- budak sekolah yo!
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
No comments:
Post a Comment