Cari Something?

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014 - Harga Gula Naik

Banyak-banyak benda yang PM dok sebut dalam Bajet2014, yang ni yang menarik jari jemari aku untuk menulis di blog.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.  
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya. 

Beliau berkata, keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. 

"Saya menyeru supaya kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
Sumber : Berita Harian


Naik 34 sen. Harga makanan yang ada gula pun akan sama kena tempias. Jom kira kalori.

By the way, boleh la prektis hidang air masak untuk breakfast, lunch dan dinner. Minum petang juga. Sambil senyum yang terpaling manis :)

1 comment:

??? said...

apa la disebabkan diabetes nak bg naik harga gula!langsung x dak kena mengena.Kot 2 la klau bg bantuan ke ape kat pesakit x pe jugak