Cari Something?

Friday, October 25, 2013

Tupai Masuk Rumah

Bebeberapa hari yang lepas, masa aku dukung cik Nisa untuk bawak ke bilik untuk sesi penyusuan untuk menidurkan dia (tu diaaaa.. banyak punya untuk), aku TERNAMPAK kelibat tupai masuk dengan lajunya menerusi sliding door.


Uiks. Ini adalah kejadian kali pertama bagiku.


Aku pun pi dekat sofa, aku hentak-hentak kaki. Kalau cicak ke, mesti dia akan lari kan. Tapi yang ni, takde jadi apa-apa. Cik Nisa ni dah la semangat, mengah aku nak hentak-hentak kaki sambil dukung. Aku letak bawah kang, nangis.


Sudahnya aku jadi jaga dan penunggu. Jaga sebab nak perhati kalau-kalau tupai tu merayau ke tempat lain. Jadi penunggu sebab nak tunggu dia balik rumah.


Syukurlah tak lama aku pegang profesion penunggu. Dalam 5 minit kot suamiku sampai. Dia siap tolak sofa bagai, elok je Miss Tupai tu duduk berteleku atas lantai. Ambil penyapu, tolak-tolak baru dia pergi. Azri nampak, berlari budak tu siap tunjuk sign horror. Kahkahkah. Anak bandar sangat kau ye nak. Tengok tupai pun boleh jadi gitu.




2 comments:

syalinda johari said...

hahahahaaa..budak2 skrg, takut betul dengan binatang2..dengan cicak pun takut jugak

cysev3n said...

linda,
lipas some more!!