Cewah. Akulah tu.
Tahun lepas family aku, means, parents aku, adik-beradik, ipar(belum ada duai lagi time ni), anak-anak dan anak-anak saudara ke Saujana Janda Baik. Booking bulan Disember 2011, perginya Mei 2012.
2013 ni, takde ke mana. Tup-tup mak aku suh riki LimasTiga. Peh, tempat memang cantek tak menahan tapi duitnya, kussss semangat. Hahahaha. Sapa yang ada duit terlebih tu, bolehla tengok sendiri ya.
Ni kejap tadi, mak aku message lagi kat FB. Mintak cari kat Bagan Lalang / Morib. One thing about mak aku, pergi mana-mana bercuti, dia nak masak. Makanya, antara kriteria yang kita kena cari adalah - bolehkah kita main masak-masak di situ? Jawapannya mestilah homestay kan. Gerabak pun panjang. Takkan nak amik bilik-bilik hotel. Berapa banyak bilik kau nak amik.
Riki-riki jumpa yang ni -- Villa Bayu Ria. 2 biji semi-D. RM250 satu malam per night, per house katanya. Murah kan? Tapi tengah dok cari-cari lagi, tetiba dia kata, biarlah kat Melaka. At least orang Johor tak jauh sangat nak turun, kita pun naik ke atas, kira tengah-tengah.
Cancel Bagan Lalang. Aku pun riki belah Melaka (lagi). LimasTiga dah tak boleh masuk buku. Mungkin bebeberapa tahun lagi bila ahli keluarga dah makin membesar, I mean, ipar-ipar dah bertambah.
Dia suggest yang ini -- Warisan Nona Homestay. Banglo 7 bilik kau. Hmm. Memang sesuai. Adik-beradik je ada 5. Ada 4 couple termasuk parents aku. Kitorang je mau lenjan 2 bilik. Adik-adik bujang pun boleh la lepak bilik sorang satu kalau mau. Masak boleh, parking luas. Dekat dengan pantai. Pendek kata, YAY lah. Tapi..
Tapi, apa masalahnya? Adik aku kena kerja lah pulak setiap weekend dalam bulan 11 sampai pertengahan Disember. Hoi, time tu la orang nak berjalan sebab cuti sekolah. Bila dia free, kami pulak ada kenduri kahwin belah dia. Cantik sungguh timing.
Jadi, bila nak pergi sudahnya ni?
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
No comments:
Post a Comment