Cari Something?

Khamis, Oktober 17, 2013

Post Raya Haji 2013

Plan konon nak beraya di JB lah kan. Sebab raya aidilfitri yang lepas dah beraya di Port Dickson. Tapi pikir-pikir rayanya Selasa dan Rabu pulak budak-budak dah mula sekolah, maka kitorang balik JB awal-awal masa bulan 9 lepas. Masa budak-budak darjah 6 ada UPSR hari tu.


So, raya Haji juga di Port Dickson. Sabtu lepas Maghrib selamat sampai. Tak tau la apa rupanya highway PLUS. Kitorang ikut jalan dalam. 2 jam lebih sikit sudahnya dari KL-PD. Mula-mula abang ipar & family kat Penang pun nak beraya sama, sekali abang ipar aku sakit mata pulak. The next day siap jangkit kat anak bongsu, makanya, cancel balik. Nilah, kita hanya mampu merancang. ALLAH Maha Penentu.


Hari Selasa lepas Maghrib balik KL. Adik ipar aku bagitau jalan jam teruk based on info dari kawan-kawan dia. Kami memang dah jaaaaarang naik PLUS. So dalam 8.10pm gerak, 10pm+ selamat sampai depan rumah. Penatnya hoi.. Syukurlah baju-baju sekolah anak semuanya dah siap gosok before balik kampung.


Ok, cuti sekolah yang panjang less than one month. Tetiba. Hahahahahaha.

2 ulasan:

Zety Zin berkata...

Tak try lalu LEKAS?

Memang lekas sampai hehe.

Seremban - Kajang setengah jam je.

cysev3n berkata...

cik ZZ,
tak lalu. ni memang naik MEX saja.