Cari Something?

Friday, March 14, 2014

Jerebu Datang Lagi

Selain dari kisah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 (route Malaysia - Beijing), negara kita juga dilanda masalah jerebu, catuan air (di Kuala Lumpur dan Selangor), ketiadaan hujan dan silalah isi sendiri.

Berkenaan jerebu ni, since semalam website http://apims.doe.gov.my/apims/ ni dah jadi bestfriend.

Kuning kelam je kat luar. Jerebu ni bukan datang dari negara jiran ya, datang dari kita sendiri. Kebakaran hutan-hutan yang kering panas dan kontang.

Dimaklumkan juga once bacaan mencecah 200 (SANGAT TIDAK SIHAT) sekolah boleh je ditutup dengan memaklumkan kepada PPD. Aku personally rasa by 150 dah boleh tutup. Budak-budak bukannya kuat macam orang tua.


Apa pun, berita semalam meramalkan hujan akan menyimbahi bumi pantai barat pada hari Jumaat yang mulia ini.

ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa kami dan bantulah kami. Tolonglah kami hamba-hamba-Mu yang lemah ini.

No comments: