Cari Something?

Tuesday, May 20, 2014

Cerap Bulan, Marikh, Zuhal & Musytari di Tasik Titiwangsa

Dalam pada usha web Planetarium Negara, ternampak pulak benda ni.

Nama programnya -- Program Sidewalk Astronomy Night 2014 


Jom Cerap Bulan, Marikh, Zuhal dan Musytari!
Anda dan keluarga dijemput untuk menyertai program Sidewalk Astronomy Night pada
31 Mei 2014
Sabtu 
8.00 malam hingga 10.00 malam 
di Tepian Pantai, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Pihak Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyediakan beberapa buah teleskop bagi kemudahan orang ramai untuk mencerap objek-objek cakerawala ini. Jadi, jangan lupa tandakan kalendar anda hari ini juga!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 - 2273 4303.

Bila lagi nak merasa, ye tak? Haha. Minta-minta tak hujanlah time tu hendaknya.

No comments: