Cari Something?

Thursday, May 08, 2014

Pengalaman Tanak Nasi Atas Dapur

Tajuk tak boleh blah. Hahahaha.

Nak jadikan cerita, tengah hari semalam, nasi aku masak jerantah hoi.. Untuk dinner, try lagi. Sama jugak jadinya. Told myself, this is an insult. Tak pernah nasi aku masak mentah. LOL. Mari salahkan rice cooker.

Tak agak-agakla member tu dah dekat 10 tahun kot berkhidmat. So aku menyuarakan hasrat untuk menggoogle cara-cara masak nasi atas dapur kat WA group sekolah. Tak lama lepas tu, a friend of mine menjawab.

TAK PAYAH GOOGLE!

hereby, aku taip balik ayat-ayat cikpuan tersebut.

dah ready basuh beras cam biasa tu letak jek atas dapur.. takyah tutup pun sampai dia menggelegak. bila air dah kering, kecikkan api sekecik-keciknya tutup dengan tudung periuk. Biarkan 10-15 minit, siapp..


FYI, nasi malam semalam aku dapat selamatkan. Aku tambah lagi air then tekan COOK sekali lagi.


Nak jadikan cerita, ha, hari ni.. LETRIK TAKDE. Nak tak nak, haruslah aku praktikkan ilmu yang kawan share tu kan.


Time air dah nak kering tu, aku kecikkan api. Then tak sampai 10 minit, aku bukak tutup periuk. Mentah lagi!!

Nak WA ke, nak google ke, letrik takde. Terjah ikut mana nak guna WIFI. Aku SMS mama. Nak make sure pasal kuantiti air and such.

Verdict, aku tambah air lagi. Walaupun sukatan asal dah betul. Then aku ulang proses kecikkan api. 15 ke 20 minit kemudian, tadaaaaa..


Menjadilah eksperimen aku yang pertama. Boleh la masak je atas api lepas ni. Hahaha

2 comments:

syalinda johari said...

kak yan, cer try agak2 nampak nasik nak mentah tu, renjis air then letak plastik bersih atas permukaan nasik pastu tutup...kikiki..setakat ni berjaya la jugak diselamatkan nasik tu..

cysev3n said...

linda,
penanak nasik tegar atas dapur jugakkah? haha. langkah tersebut telah diambil, except plastik tu. thank you for sharing!