Cari Something?

Khamis, Mei 15, 2014

Resipi Campak-Campak - Udang Masam Manis

Kat rumah ni, tak ramai yang makan udang.

Anak no 1 dengan no 2, memang tak sentuh. Tapi beberapa hari yang lepas, aku keraskan jiwa dan raga, masak je udang.


Menu - Udang Masam Manis.

Bahan-bahan

Bahan A
Udang - ikut berapa banyak yang sanggup makan.


Bahan B - hiris
1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cili padi (ikut tahap kepedasan), ketuk
1/2 batang carrot
2-3 kuntum kobis bunga
1 cili merah, potong serong

Sos cili
Garam & gula



Cara Masak
Kunyit dan garamkan udang yang dah dibersihkan, goreng sekejap, ketepikan.

Tumis Bahan B, dah layu, masukkan cili padi.
Masukkan sos cili dalam 2-3 sudu. Tambah air.
Masukkan sayur-sayuran & cili serta lebihan bawang besar.
Rasa garam dan gula.

Suppose rasa masam manis pedas gitu.

Dah menggelegak, masukkan udang. Biarkan sekejap.

Sedia untuk hidang.




Macam biasa, gambar takde. Hahaha. Boleh la google nama masakan yang lebih kurang sama di internet ya. Next time la kot kalau masak lagi, aku letak gambar.



Surprisingly, anak no 1 dan no 2 BERJAYA dipaksa untuk makan. No 1 senyum-senyum kata rasa macam ketam. Hai, kalau dah dasar peminat ketam, memang tak tau la nak diajar macam mana lagi.

Tiada ulasan: