Cari Something?

Jumaat, Mei 16, 2014

Cara Link Tabung Haji dengan Maybank


Kita cerita straight to the point sajalah ya.

What do you need?


  • Buku Tabung Haji yang nak dilink
  • Kad ATM Maybank


So, pergilah ke ATM Maybank yang berdekatan, cucuk kad, pilih menu Tabung Haji.

Apa2 je yang ada kaitan dengan Tabung Haji, simply pilih menu ni.


Screenshot dari website Maybank 



Please bear in mind, ada sedikit caj dikenakan ya untuk bab2 fund transfer. Whilst kita guna interbank, depa charge 10sen je sekarang, untuk transaksi Tabung Haji, cajnya adalah RM1.


Senarai caj yang dikenakan. Again, screenshot dari website Maybank.



Untuk makluman, akaun-akaun Tabung Haji anak(-anak) yang dibuka menggunakan nama kita juga boleh dilinkkan. Macam biasa, bawa

BUKU TABUNG HAJI diorang. Sebab untuk proses link ni, kena masukkan No Siri buku yang ditampal kat dalam buku akaun Tabung Haji tu.


So, lepas ni kalau nak check balance Tabung Haji ke, nak transfer fund dari/ke Tabung Haji ke, atau nak daftar Haji, simply


  1. Login ke Maybank2u
  2. Klik Accounts and Banking
  3. Klik Transfers (menu belah kiri tu)


Nanti akan keluar page lebih kurang macam ni


Nampak tak baris kedua paling kanan tu?

Klik menu Tabung Haji tu.


Tadaaa.

Sekian saja buat masa ini.



Tiada ulasan: