Cari Something?

Wednesday, May 28, 2014

Semak Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa' Utama Matahari

Kisahnya, kita boleh semak arah kiblat, DUA kali setahun.

Untuk tahun-tahun biasa, tarikhnya ialah 28 Mei pada pukul 1716 atau 5.16 petang
dan 16 Julai pada pukul 1728 atau 5.28 petang

Bagi tahun-tahun lompat pula (2004, 2008, 2012, 2016 - sekadar contoh), tarikh-tarikh untuk semakan arah kiblat adalah pada 27 Mei pada pukul 1716 atau 5.16 petang dan 15 Julai pada pukul 1728 atau 5.28 petang.

Aku sertakan sekali image file yang diperoleh dari FB JAKIM.



Aku taipkan semula kaedah dan panduan untuk membuat semakan arah kiblat ni.

  1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkaannya, boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
  3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
  4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: waktu di TV / dail 1051)



No comments: