Cari Something?

Thursday, May 29, 2014

Pengalaman Naik Bas di Terminal Bersepadu Selatan

Kali terakhir aku ada di Bandar Tasik Selatan, TBS ni sedang dibina dengan rancaknya.

Well, setelah sekian lama tak naik bas, kali ni dengan berdebarnya aku terjah Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke JB bersama-sama dengannnnnn cik Nisa!

Mama dah pesan, kalau nak naik bas yang berhentinya sekali sahaja, antara kompeni bas yang dicadangkan ialah

KKKL, Plusliner, TransNasional dan Konsortium.

Masa aku sampai, di kaunter KKKL ramai benar orangnya. Lantas aku ke kaunter 1 sampai 18 yang menjual tiket dari segala mala kompeni bas yang ada (agaknya). Aku mintak Plusliner. Sekali Plusliner dah tak redah selatan. Hanya ke utara. Ahahahahaha.

Taknak biarkan dia tunggu aku lama-lama, aku redah je dengan option single seat yang ada.

And we settled with MaraLiner. Tambangnya RM34.30 tunaiiii. Akak counter tu 2-3 kali bilang ingatkan, MaraLiner, bukan Plusliner. Hahahaha. Blur sungguh gamaknya muka aku.

Since bas aku pukul 12 tengah hari, time tu pulak dah 11.30 pagi, salam-salam dengan dia & anak-anak yang lain, galas backpack, angkut tote bag, dukung Nisa, turun eskalator dan mula la misi mencari Gate 5.



Comel tak kak Ton? Haha. Sempat amik gambar sementara tunggu bas sampai. 


All in all, despite of awal-awal tu Nisa agak cuak sebab nampak strangers di sana sini, Nisa was sooooooooo OK. Cuma bila dah melepasi Machap tu, dia dah start restless.


Cuak jugak kalau tiba-tiba dia ambil keputusan nak keluarkan suara soprano pitching tingkat 18 tu. Haha. Tapi tak berlaku ya.


To cut it short, balik ke KL guna KKKL. Much more spacious single seatnya. Dan merasa naik bas double decker. She was OK too. Tambah-tambah bas kali ni banyak kosong. Aisle belah belakang tu macam dia yang punya.

Ni gambar sopan sikit. Sengih galak sangat.

Ni dia tengah sibuk berdiri-diri la ni. Sejuk balik time tu sebab hujan boleh dikatakan turun sepanjang jalan. Shawl yang aku bawak sebagai selimut pun tak dapat nak digunapakai sebab Nisa tak suka diselimut. Aku la yang gigil. Aircond dah tutup tu!


Kalau macam ni punya behave, boleh la kita repeat!


2 comments:

syalinda johari said...

sungguh comel dan gebu anak dara ni...

Marquise De Pompadour said...

Appreciaate this blog post