Cari Something?

Thursday, July 10, 2014

Perjalanan Yang Panjang Macam Tak Sampai-Sampai

Dah agak lama kami tak balik ke JB untuk berpuasa bersama family di bulan Ramadhan. Maka, bila MOH offer balik ke sana baru-baru ni, memang tak pikir panjang dah.

Asalnya aku nak propose balik time Nuzul Quran. KAFA biasanya cuti lebih sikit. Tapi mengenangkan traffic balik PD 2 hari pun dah macam hapa, so, takpelah. Balik kejap pun jadilah.

So, Jumaat lepas, dalam 10pm macam tu, kami bergerak pulang ke JB. Cadangnya nak berhenti rehat makan-makan di A&W Restoran Jejantas. Bila sampai sana, A&W tengah renovate. Mujur anak-anak semua tidur pengsan. Tak sedar langsung except yang paling kecik tu. So, beli kudap-kudapan kat stesen minyak yang berdekatan, sambung jalan.

Tup-tup hujan lebat, selebat-lebatnya sepanjang jalan berbaki nak merentasi Negeri Melaka. Ambil lane kiri saja-saja. Tapi bas ekspres, tu diaaa laju macam apa kat sebelah kanan.


Mata dah mula mengantuk. Aku jadi co-pilot pun, tak boleh harap. Sampai Pagoh, bajet lagi 90 minit nak tiba. Then, kira berapa km lagi nak sampai Machap. Sebab, once sampai Machap, ada lagi kira-kira 40 minit nak sampai.

1.40am, sampai Machap. Bajet 2.20pagi la nampak signboard Skudai tu. Tapi macam tak sampai-sampai. Rasa macam journey yang selama ni pendek tu, distretch-stretch (ha kau. English terus. Apa nak sebut dalam bahasa Melayu ntah). Papan tanda kata Skudai lagi 19km tu pun tak nampak-nampak. OMG. Memang permainan mental betul la bila dah mengantuk ni.

Belum pukul 2am lagi dah rasa stress. Hahahaha. Tak tau la camne nak describe. Aku cakap kat dia, camni agaknya orang yang lari Marathon tu. Mental kot tengok remaining kilometres nak kena perabis bagi cukup 42km. Agaknya. Aku half marathon pun tak pernah try. Apatah lagi 5km.

All in all, alhamdulillah. 2.30pagi selamat sampai depan umah parents. Borak-borak pulak dengan mama. Sementelah, biduanita Sharifah Aini meninggal dunia malam tu around 1.26am (aku tengok berita next day). Ya ALLAH, cucurkanlah rahmatMu ke atas rohnya.

So borak-borak sampai 3am. Ni nak bangun sahur esok ni.

Esok tu dengan mata pedih macam masuk pasir dok makan sahur. Respek kat mama yang bangun dok tunggu kitorang then boleh masak lagi. Kalau aku, memang terbabas la jawabnya.


No comments: