Cari Something?

Rabu, Julai 23, 2014

Talam Pandan

Bertemu kembali dalam tag Masak-Masak.

Biasalah, ada angin kerajinan yang entah datang dari mana time-time bulan puasa ni. So kali ni, dipersembahkan, Talam Pandan.

Resipi ambil dari Chef Hanieliza.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara buat.



Kuih Talam Pandan

Bahan Lapisan Bawah 

1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula (aku tambah lagi 2 sudu besar. Bagi manis lebih :)
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Cara

  1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api. 
  2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik. 
  3. Kukus sehingga masak [20 minit]. 


Bahan Lapisan Atas 

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam (aku letak quite an amount of salt jugak. Bagi extra masin)

Cara 

  1. Gaul semua bahan dan tapiskan. 
  2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja. 
  3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. 
  4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah. 
  5. Kukus sehingga masak [20 minit]. 
  6. Sejukkan betul-betul baru dipotong. 

Hasilnya? 

Talam Pandan uols


Hit jugak la especially dengan anak no 3 dan no 4. Macam tepung pelita versi malas sebab masak dalam loyang gitu. Hahaha.


Tiada ulasan: