Cari Something?

Khamis, Julai 24, 2014

Badak Berendam Derhaka

Segmen Masak-Masak lagi. Dah jadik blog masakan ke hapa.


Kuih ni, 2 kali aku bikin sepanjang bulan puasa ni. Derhaka sebab, aku tak berapa gemar makan inti kelapa Terhad untuk kuih ni. Kuih ketayap, aku makan je. Cucur badak pun aku makan jugak. Eh, banyak pulak nak explain. So, aku derhaka bab tu, lantas tukarkan isi dalam guna gula melaka saja, macam Onde-Onde Buah Melaka.

Jom semak bahan.

Bahan-bahan untuk kuah santan
1 kotak santan
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dalam sedikit air)
Garam sesedap rasa

Cara memasak:

  1. Masukkan santan dan garam dalam periuk. Guna api sederhana kecil.
  2. Dah agak-agak panas, masukkan campuran tepung gandum tadi.
  3. Kacau hingga agak pekat.
  4. Tuang dalam mangkuk. Ketepikan.


Badak itself memang aku guna resipi Onde-Onde Buah Melaka. So aku tepek je la resipi yang digunapakai tempoh hari.

Bahan-bahan untuk Badak:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau



Cara memasak :


  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, sedikit pewarna ke dalam mangkuk.
  3. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  4. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  5. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  6. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  7. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  8. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  9. Bila kuih telah sejat airnya, letak dalam mangkuk yang berisi kuah santan tadi.
  10. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!


Badak Berendam Derhaka


Tiada ulasan: