Cari Something?

Selasa, Ogos 05, 2014

Hadiah Raya Paling Best Dari Celcom Xpax

Kisahnya, on July 22nd, aku terima SMS dari Celcom.








Khas untuk anda! Reload min RM10 dari 22/07 - 26/07 & nikmati 100MB data PERCUMA dengan Xpax! Bonus akan dikreditkan pd 28/07.




Tu diaa. Hahaha. Actually sejak aku opt er, pemanjangan tempoh sah, aku dah jarang sangat topup prepaid. Maklumle, duduk rumah, sapa je aku nak contact. Dah namanya dok rumah, ada WIFI, manjang apa-apa guna WhatsApp, lagi la tak berusik kredit aku.

So, semedang nak raya hari tu, kredit pun dah nyawa-nyawa ikan paus, maka aku pun reload RM10. Minimum habis la tu. Hahaha. Berdebar-debar. Dan Celcom menunaikan janji pada July 28th pukul 12.45 tengah hari.

Tahniah! Anda kini boleh nikmati 100MB data PERCUMA. Terus bersama kami untuk lebih ganjaran!



Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Ye la, aku ni online memang guna WIFI. Bila balik kampung atau on the road, harapkan WIFI orang je. So kali ni, tak payah susah-susah sedut WIFI orang, guna data sendiri.

Memang berbaloi-baloi nak-nak time raya tu ramai orang share gambar raya memasing.



Thank you Celcom. Memang hadiah raya yang sangat best dari korang!



Tiada ulasan: