Cari Something?

Isnin, Ogos 25, 2014

Janda Baik, Here We Come!


Tetiba rasa nak breakaway. Jauh dari KL. Tapi nak pergi dekat-dekat je. So Janda Baik always come in mind. Heee.. Last time pergi was 2 years back masa Nisa masih dalam perut. Time tu berjalan-jalan dengan family JB, adik beradik ipar duai. Kami ke Saujana Janda Baik masa tu.


So, sepanjang pagi Sabtu dok riki kat mana yang ada. Memula call Riverside Janda Baik.

FULL.

Then, google lagi. jumpa baaanyak chalet lagi.

Teratak di Hujung Kampung ada.
Teratak Pak Lah ada.
De River Resort ada.


Dalam pada tu, terjumpa 2 blog yang cerita pasal trip diorang ke Teratak di Hujung Kampung. Mereka adalah

Embracing Mommyhood dan AshGive.Com. Banyak gambar diorang share, cantik-cantik. So, aku pun terus call no yang ada kat FB Teratak.


Ada kosong! Yay! Apa lagi, terus packing baju on the dot kaedahnya.


Kami sewa chalet Meranti sebab berdasarkan blog Embracing Mommyhood tu, Meranti ni attach dengan bilik air. Almaklum le, ada budak-budak ni. Karang buatnya nak terkincit tengah-tengah malam, takde le teman nak kena keluar bilik kan. (Mak diorang pun bukannya berani sangat. LOL)..


Tapi, tapi.. masa sampai tu, aku perasan Cengal (jiran Meranti) pun macam dah ada attached bilik air.


Anyway, tengok je la gambar-gambar yang tak seberapa kualitinya. Kamera ada, tapi tetaaappplah nak guna kamera kat phone ni.





Ada nama Meranti tu. Confirm tak tersilap chalet. Meranti ni berjiran dengan Cengal. Sebelah Cengal ada Oked. Sebelah-sebelah belah sana aku tak pi jenguk plak. Tapi ada satu chalet tu siap ada piring Astro lagi. 
 

Dalam chalet. King size bed la ni kan? Haha. Ada satu tilam single kat tepi tu. Bantal extra & selimut disediakan. Tanda arah kiblat pun ada. Sejadah pun ada.


Kerusi 2 bijik di balkoni depan. Hadap pangkin. Ternampak 2 biji durian kat situ masa memula sampai. Menggoda sungguh. 


Gambar aku ambil dari kerusi di balkoni depan. Cewah, balkoni uols. 


Kerusi dan meja di balkoni belakang. Ni hadap sungai. Aku amik gambar anak-anak yang berjujuk-jujuk kat bawah ni dari sini la. Bukan taknak turun tapi anak bongsu tu tak berapa gemar nak main-main air sejuk. Terpaksa la mengalah.Tempat ni jugak jadi port makan lunch & breakfast yang ditapau. 









Peneman setia. Mimi si anak dara dengan iPad. Tetaplah bawak.


All in all, begitulah weekend well-spent :)

Tiada ulasan: