Anyway, sempena cuti Deepavali panjang yang lepas, kami follow orang buat kerja ke Kuala Terengganu. Jauh kan.. alang-alang drive lama-lama, biarlah bawak kami sekali buat peneman borak-borak. Hahaha.
Memula macam dah takde harapan nak ikut sebab rata-rata homestay semua full. Nak amik hotel karang, payah nak extend time sebab waktu kerja tak tentu habis bila. Tup2 masa tengah browse FB, ada kakak ni baru balik dari KT dan kebetulan duduk homestay, terussss aku zas mintak no fon. Rezeki namanya. Alhamdulillah.
Mendung di kebanyakan tempat.
Selfie. Dah lama sangat dalam kereta kaedahnya.
Sampai homestay dah pukul 6.30 petang.Duduk-duduk, lepak-lepak lepas solat zass cari makan.
Pi satu kedai makan ni nampak ramainya umat. The thing is, walaupun takde kipas, tapi tak pulak panas tempat tu. Makan almost sejam pun takde berpeluh-peluh melengas.
Servis cepat sebab dia hidang benda dah siap like Nasi minyak, mee sup, mee kari and the likes. Kami dok tibai air gelas besar la. Kembung perut dok minum air!
Esok tu, masing-masing berkubang je kat homestay. Lepas dah settle semua kerja, kami jalan-jalan sat ke Masjid Kristal. Anak no 2 dok sibuk nak lawat jugak.
Inilah barisan kitaaaa. Macam tangga kan?
Plan nak amik lagi shot camni someday.
Taknak berpegang. Mujur tak ramai orang jadi beranilah aku lepaskan.
Before that dia dah mengamuk-ngamuk nak naik bot/kapal susur sungai tu. Orang ramai nakk. Rombongan sekolah entah ada berapa time tu.
Then terus gerak. Plan nak tidur tempat lain satu malam lagi sebab dah tak daya nak drive. Sudahnya kami ke bandar Chukai. Lucky for us tempat makan kat depan hotel tu sedappp. Lepas makan balik jalan kaki je.
Morning view from Bandar Chukai. Tenang je kan uols.Rasa nak pindah dok Ganu dan-dan tu jugak.
No comments:
Post a Comment