Cari Something?

Jumaat, November 28, 2014

Shopping Baju Sekolah

Alhamdulillah, fasa pertama persediaan untuk musim sekolah 2015 dah bermula. Sementelah AEON ada buat "Back to School" event sampai 23/11, cepat-cepat la kami grab peluang. Ada 15% diskaun which is jarang-jarang kami jumpa (biasanya 10% off).

Turn out, masa pergi tu, untuk barang-barang Back to School, setiap RM100 yang kita belanja, boleh dapat voucher RM10. Double WOW. Hahaha.

Pergi AEON, bawak 3 orang anak-anak bujang. Since tahun depan kali pertama Azri nak masuk sekolah, maka dia lah yang ambil masa lebih sikit nak try itu ini. Abang-abangnya aku ambil je saiz yang sebelum ni. Tak beli banyak, buat tambah-tambah je. Harus belanja berhemah OK.

Anyway, part yang paaaaaaling lama ialah bab kasut sekolah. Yang tu tak kenan, ni kenan tapi saiz takde. All in all, dalam sejam lebih baru selesai.

Part 2 apa pulak? Buku sekolah laaa. Hat ni tak cek lagi kedai buku bukak bila.




Tiada ulasan: