Cari Something?

Isnin, November 24, 2014

Siakap Stim Revisited

Dah agak lama menu Siakap Stim tak menjengah kat rumah ni. Makanya bila ada yang request, cepat-cepatlah kita buat, ye tak?


Taknak cakap banyak. Ni bahan-bahan yang digunapakai. Resipi hiris-hiris dan campak-campak namanya.

Bahan A (hiris)
Bawang putih 2-3 ulas
Halia
Cili padi sesedap rasa
Serai 2 batang

Dari kiri : Halia, cili-cili padi, serai dan bawang putih dah selamat kena hiris.
Nak dijadikan cerita, masa tengah readykan bahan-bahan ni, terdengar pulak lagu Semalam Yang Hangat.. nyarisss nak terhiris jari. Hahaha. Dahsyat punya penangan lagu.


Bahan B (ketuk)
Serai 2-3 batang

Bahan C (perah)
Limau 3-4 biji ikut rasa nak masam banyak mana

Bahan D (kerat-kerat potong-potong)
Kobis bunga
Carrot


Cara-cara

  1. Panaskan kukus.
  2. Lumurkan ikan siakap yang dah dibersihkan dengan marjerin, garam dan sos tiram
  3. Taburkan Bahan A dan Bahan B, siram dengan Bahan C, letak Bahan D dan sprinkle gula sikit.

Sedia untuk dikukus.

Aku suka la masak cenggini. ALL in one gitu. Sayur lauk sekali jalan. Kukus pulak tu. Takde sibuk-sibuk nak terpercik-percik minyak sana sini.

Selamat menyetim (ada ke takde perkataan ni?)


Tiada ulasan: