Truthfully, aku adalah antara customer Celcom yang paling loyal. SEJAK aku guna handset dari zaman bujang, bertunang, kahwin dah beranak-pinak ni, kau rasa dah berapa tahun aku jadik customer?
Tak pernah tukar-tukar provider. Reason being perhaps because I am too sentimental. SIM card ni abah yang kasi. Zaman-zaman sekeping sim card tu entah berapa puluh entah berapa ratus. Zaman sekarang less than RM10 dah boleh dapat.
The thing is, sejak dua menjak ni aku dapat SMS yang aku ni subscribe sekian-sekian benda. Tak tau lah tahun bilanya aku taip YES ke, ON ke.. TAK ADA.
Sejak dah ada WhatsApp semua benda ni memang kredit jarang sangat terusik UNLESS aku terpaksa call orang. Ni pulak cara kaedahnya nak sedut duit. RM1, RM1.. lama-lama botak weh kredit.
Tak kuasa OK. Dengan ASTRO dah terminate, takde kaedahnya aku nak pergi tengok sinetron apa ke benda kat Astro Pelangi. Apa lagi nak HALO HALO dengan selebriti.
Aku harap benda-benda yang auto apa ke benda subscribe ni BERHENTI setakat ni saja. Kalau tak, mungkin aku yang terpaksa BERHENTI jadi customer.
Cari Something?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment