Cari Something?

Rabu, Julai 11, 2007

Our 4th Anniversary

It's our 4th anniversary today. Ingatkan nak wish hubby malam tadi, but me -- being a die hard fan of Desperate Housewives, melayan TV sampai pkl 11.30pm.. lepas tu, ntah apa hal, gatal pulak tengok Datin Diaries.. bila pi kat bilik, sume dah terbongkang.. Arif kat atas, Amir kat bawah dengan abah..

Pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun aku share hidup aku dengan hubby.. Heee.. how time flies kan.. and alhamdulillah, we are blessed with two heroes.. insya-ALLAH anytime soon, tambah lagi sorang hero.. produktif sungguh laa tu ye.. 4 tahun kawin, anak 3 :P

So, since dah seronok sangat melayan TV, mata pun susah nak lelap.. plus, coding trigger database asik le berjalan kat dalam kepala.. nyampah sungguh.. so, aku amik handset, tulis SMS kat hubby.. lawak tak? padahal dia ada je kat bawah :P

"Happy anniversary yang. It've been 4 years & I love every second of it. Thanks 4 everything. Sayang you sangat2."


Tu je.. sempoi.. tapi air mata aku bergenang-genang.. eh, siap mengalir sebenarnya.. Rasa syahdu semacam je.. Ala, ratu air mata mmg macam tu.. Well, thats me.. mudah sangat sebak.. Padahal bukan pasal benda sedih pun..

Pagi tadi, lepas solat Subuh, hubby kiss pipi kanan.. ihiks.. ala2 batal air semayang plak..

somehow, aku tak ingat camne kitorang celebrate our 3rd anniversary.. In fact, takde rekod pun dalam blog ni.. heee.. masa 1st time, aku kat JB.. tengah pantang lepas bersalinkan Amir.. I received an SMS. Cerita pasal 2nd anniversary ada kat sini.. and tup2 ni yg ke-4.. mmg sah grey cells aku banyak yg dah expired :P

Doa aku, semoga ALLAH panjangkan jodoh kami sebagai suami isteri & kekal bahagia di dunia & akhirat. Amiin.

p/s: June 25th recently, hubby belanja lunch kat Secret Recipe.. ala2 celebrate anniversary kitorang declare gitu.. yahahaha.. adoi laa hai..

Both of us, 4 years ago..



16 comments

Tiada ulasan: