Cari Something?

Khamis, November 15, 2007

Kisah Bi & Bob

Semalam, time amik budak2 ni kat umah makcik, aku akan jalankan ritual seperti biasa -- borak2.. yahahaha.. so, whilst hubby dah bawak Amir + Arif turun ke kereta, aku ni dengan selamba rock nya still borak dengan makcik..

"Ni, makcik nak habaq kat hang.. tadi si Bob tidoq.. si Bi pun tidoq.. makcik biaq laa.."

argh, tergeliat jari aku taip loghat utara.. karang mau gelak budak2 Penang + Kedah baca..

"bila makcik masuk bilik, tengok Bi tengah syok minum susu Bob.. punya laa makcik terkejut.. cepat2 makcik bancuh susu Bi bagi kat dia.. sbb nak amik balik susu Bob.."

"Hang tau apa Bi buat?"

Aaaa.. dia buat apa cik?

"Dia pi balin botoi yg makcik bagi tu.. dia nak jugak minum susu Bob.. menangis sakan.. bila dah pujuk2 baru dia amik balik botoi yg dia balin tadi.."

aaaaa.. letih otak aku nak recall ayat2 ni.. yahahaa..

"Abis, cukup tak susu Azri?"
"Cukupp.. nasib baik cukup.."

Eeee.. Arif ni pun mmg tau.. kat umah aku offer, dia takmo.. ni yg aku bekal utk Azri dia tibai.. sabar je..

Zeri minum 2 X 5 oz laa ni.. tapi saja je aku bagi lebih sebotol.. mana la tau kan.. tetiba ada selera lebih.. anyways, adakah ini bermakna aku kena bagi lebih lagi in case Arif rembat susu dia macam smalam? Sah factory mak kena overtime ini macam..

Nota : Bi is Arif, Bob is Azri according to makcik.. nama manja depa laa ni.. Bi as of Baby, Bob as of alah, korang tau laa..


11 comments

Tiada ulasan: