Cari Something?

Khamis, Disember 06, 2007

Dont Say Goodbye

Recently hubby & I layan cerita Hindustan :)

It've been quite some time we havent watch one.. tajuknya - Jangan Ucap Selamat Tinggal (ala2 lagu Shades gitu).. atau dalam bahasa Hindinya - Kabhi Alvida Naa Kehna.. aku tak hafal OK, tajuk ni aku cut + paste kat Google :P

Its about family institution yg dah makin rapuh.. aiyo, skema plak ayat aku.. Shah Rukh Khan husband Preity Zinta, whilst Abhishek Bachchan kawin dengan Rani Mukherjee.. ding dong ding dong, Shah Rukh Khan ada affair dengan Rani.. resulted both marriage collapse after both of them told their spouse abt the affair.. Without knowing what happened to each other, memasing bawak diri.. ni kes time Rani call Shah Rukh Khan (ai, letih plak aku taip nama dia ni.. I will use SRK later in this post), dia kata hubby dia maafkan dia.. whilst SRK pun kata, wife dia pun bagi muka for 2nd chance.. padahal dua2 dah kena kick out dari rumah.. Ending dia - Preity Zinta + Abhishek bagitau Rani what actually happened.. then Rani pi cari SRK, so, they live happily ever after..

Heh, cerita 3 jam aku summarize dalam 1 paragraph je? Hehe.. harus lulus karangan BM aku.. tapi lebih 90 patah perkataan la kot..

Antara dialog yg touching - akhirnya kami bertemu cinta sejati dalam hidup.. Tapi dalam perjalanan itu, kami telah melukakan hati orang lain.. something like that laa.. korang tau laa bahasa diorang kan bunga2 sket..

"Dulu cite apa yg kita tengok kat wayang tu yang?" hubby tanya..
"Kabhi Kushi Kabhi Gham"
"Ha, taknak beli CD cite tu?"

Heh, aku tak bley lupa basah bahu aku, hubby nangis tak ingat layan cite tu.. sket2 kesat air mata kat bahu kita.. boleh? tapi sapa yg tengok cite tu, confirm nangis punya la.. Despite of lagu2 yg jadikan filem tu panjang, tp ada mesej yg dia bagi.. aku suka la cite2 macam ni.. ada lagi satu cite, SRK jugak, berlakon dengan Madhuri + Salman Khan.. pasal wife ni lebih2kan kawan baik banding dengan hubby sendiri.. Yang ni pun aku tengok dengan hubby jugak (bf laa back then).. mmg terkedu kalau tengok benda ni jadik in real life.. Heee..

Eh, lupa plak nak cakap, cite kat atas tadi tu, takde lagu yg catchy, in case korang nak dengar lagu best2 macam Kabhi Kushi, Kuch Kuch + such..


13 comments

Tiada ulasan: