Cari Something?

Rabu, Disember 26, 2007

Overdose

Adapun, aku dengan jayanya cuti 6 hari baru2 ni.. Hari ni kiranya 1st day la naik keje..

Adapun, FIL + hubby pi ke laut baru2 ni.. menjaring ikan.. bawak si Amir.. itam legam anak aku tu.. anyways, back to cerita menjaring.. ikan siakap dapat la 2 ekor.. selamat le kena kukus.. slurrpp.. tp yang banyaknya, KETAM!

Adapun, aku ni mmg tak reti nak makan ketam.. tapi nak dijadikan cerita, hubby sudi nak ketuk2kan ketam + bagi aku isi dia.. pergh, imagine le makan ketam fresh.. iissk.. little did I know, terlampau banyak makan ketam boleh bikin pening.. so, bila dah rasa ala2 pening tu, aku stop.. heh!

Belah petang tu, aku bantai plak sup daging.. daging korban.. sedappp.. MIL plak masak.. meleleh! memula aku layan, pastu Amir pun nak sama.. so, 2-3 round le aku makan sup daging..

Esoknya, aku dah start pening tak ingat.. MIL kata, daging panas.. + aku plak tak biasa makan ketam.. angguk je laa sambil tolong dia buat puding gula hangus tu.. sambil kacau gula, sambil layan pening.. lepas slamat puding tu masuk dalam kukus, aku surrender.. layan pening.. si Azri pun confuse, apa kes ibu ada kat depan aku, tapi abah dok sumbat dengan botol (nasib baik reti bawak balik pump).. so, dia asik buang2 je EBM tu.. iskk..

Sudahnya, 2 kali aku muntah liuk.. sampai abis sume isi perut aku rasa.. pening jenis yg tak bley ilang walaupun dibawak tido.. bley imagine? sudahnya plan nak pi jalan2 cari makan kat umah BIL terus cancel.. Ayat mak mentua aku yg aku tak tahan nak gelak dalam pada weng tu..

"Mak tak dapat pegi umah kau.. k Yan kau ni muntah2 haaa.."

Aiyoo.. bunyi ayat tu macam aku mabuk preggy plak.. 2-3 kali dok ulang ayat tu.. tak tau le BIL aku kurang dengar ke apa.. tapi seingat aku, kalaupun preggy, aku takde la mabuk muntah sampai camni..

Anyways, smalam petang, berjaya jugak pegi walaupun aku still rasa dizzy.. time on the way ke sana, aku siap mintak hubby belikan benda masam2.. loya siut.. merasa laa aku makan prune.. hehehe.. Dah sampai sana, BIL sambut Azri.. sbb kitorang sume nak kejar solat Maghrib. Bila aku nak amik Azri balik, dia sengih2 tanya - "makan ketam banyak sangat ke? sampai muntah2?"

Huh! Patut aku ban ketam lepas ni.. tak pun kena avoid amik ketam + daging in one day.. tak pun, layan la ketam sorang2.. jangan suka2 nak org ketukkan + keluarkan isi..

p/s: Hasil makan2 selama 6 hari telah berjaya menaikkan berat badanku sebanyak 2 kilo.. Hehehe.. satu pencapaian yg "sungguh" membanggakan..


21 comments

Tiada ulasan: