Cari Something?

Rabu, Januari 16, 2008

Sesak nafas

Update : link tu dah up up and awayyyy..

Pagi tadi, around 5.30am aku terjaga.. Belek2 Zeri yg tido kat sebelah aku.. tenang je dia tido.. hinssh..

Dalam kegelapan malam, cewah.. aku belek2 handset.. Notes yg aku dok tulis dalam handset, TODO list.. sume aku baca.. aspirasi sepanjang tahun 2008.. tekan2 calculator.. pk mana nak cekau RM nak start buat education fund utk bebudak ni.. selama ni aku simpan dalam TH je weh.. so rasanya tu tak patut masuk buku laa kan..

Aku ni konon2 plan nak bukak akaun Takaful untuk setiap Husaini.. sbb kat website depa kata, once kita takde, the contribution will continue.. tak tau le camne ke gayanya kan.. oh well.. aku ni mmg hampas bab2 mendigest information.. in the same time, nak invest dalam satu lagi UT utk education depa.. kalau dapat 20% dividen setiap tahun pun dah bersyukur sangat.. please rujuk link ini untuk buat calculation anda..

As for ourselves, meantime baru ada 2 akaun.. satu aku punya which as of now dah bagi return 30%, lagi satu share dengan hubby - tp portion dia lagi besar dari aku.. ni satu hal jugak nak kena kejar target bagi balance 50:50.. memula plan nak buat satu je.. tapi omputeh kata jangan letakkan semua telur anda dalam satu bakul :P walaupun telur tu ada sket, asingkan jugak la adanya..

Sat tadi dok browse2 etiqa website.. but me, bak kata hubby "you ni tak Google la yang.." which means, i always have trouble in finding information.. aku click kat Health, tup2 macam takde link lain.. ala2 tergantung gitu.. pi kat My First Baby - cite pasal Sarjana.. tp takde cite advantage, bpa contribution and such.. ke ada, tapi aku tak jumpa? Hehehe..

Pening kan dok pk pasal benda2 ni.. ye la, let say Amir nak jadik pilot.. as of 2007, course tu makan 30K.. and thats to become a private pilot.. kalau jadik commercial punya.. ngeh ngeh ngeh.. what would it be in the next 15 years? tu baru Amir.. yahahhaa.. baru ni aku follow discussion pasal Q-Dees berbagai, tertelan air liur tengok fee dia..

Tetiba terus rasa sesak nafas! Bley ke aku teruskan impian aku nak retire at the age of 40?

Nota kaki : dan2 je time aku nak share link tu, dia down plak.. cet!

16 comments

Tiada ulasan: