Cari Something?

Thursday, January 17, 2008

Temptation


Aku baru je balik dari Maybank.. niat hati nak tutup ASB dan pindahkan sume duit tu ke dalam akaun Maybank.. Kesannya, takley tutup ASB.. boleh keluarkan duit semua sekali, waima 1 sen. Tapi takley tutup? Ni aku confuse.. so, buku ASB aku still ada.. tak kena kerat, tak kena gunting.. hehehe..

Kenapa aku keluarkan duit ASB? Part of the answers can be found here --> sila klik sini, okkay

B4 aku ke bank, sempat lagi SMS dengan HR ofis, mintak tolong hentikan potongan gaji aku ke sana.. Guess this is my biggest hijrah so far.. dah lama aku dengan ASB ni.. since 2001.. lama tak lama, kalau beranak, dah masuk darjah 1 weh..

B4 this, aku some kind of ignorant.. pada pendapat aku, once aku dah bayar zakat, maknanya harta2 simpanan aku akan dibersihkan.. suka hati aku je bagi pendapat.. tp tu la, sudahnya, nak bagi senang hati.. jalan tadi la yang aku pilih..

Bila tengok kira-kira dividen + bonus yg aku pernah dapat dari ASB sejak 2001 sampai la recently.. peh, aku serius tak nafikan.. mmg ada rasa berat hati.. its part of my hard earned money.. tapi aku cakap kat diri aku - anggap je la ni salah satu ujian.. mmg duit ni salah satu ujian berat weh.. bukan senang nak avoid temptation dia..

Aku berdoa semoga duit2 tu selamat sampai ke channel yg sepatutnya.. Amiin.


25 comments

No comments: