Cari Something?

Jumaat, Februari 15, 2008

Little Helper

Semalam aku masak lauk ayam kicap.. ok, thats not something to boast about.. keh keh.. tapinya, since Amir tolong aku tumbuk bawang putih masa prepare mee hailam two days ago, kali ni bila aku tanya -

"Amir nak tolong ibu tumbuk bawang lagi tak? "
dengan excitednya dia jawab - nak!

So, semalam, masa aku kat dapur, kelam kabut dia.. kejap2 datang + tanya
"nak tumbuk dah ke bu?"
"Belum.. ibu nak goreng ayam dulu.."

Tapi tak lama lepas tu, mesti dia mai lagi.. macam risau sungguh kalau aku tak panggil dia ke.. terlupa ke..

Sampai session tu, aku letak sebiji bawang merah dulu. melompat-lompat bawang tu dia tumbuk.. keh keh keh.. tho lesung tu tak berat mana, tapi dia ala2 gunakan sepenuh tenaga nak angkat lesung tu (dengan dua tangan, okkay)..

lepas dah hancur, aku letak lagi satu.. berpeluh2 aku tengok.. later, masa aku tengah chop2 bawang besar, aku pandang dia..

"Mata sakit bu.." Siap gesek2 dengan er, bahagian apa yg orang panggil between wrist + siku? its not lengan, right?
Kesian plak aku tengok.. so, aku take over..

"Ibu tak sakit mata?"
"Ibu pakai spec.." keh keh keh.. konon2 macam shield, padahal pedih bawang mana mengenal kau pakai spec ke idak.. hinnshh.. aku pernah tumbuk bawang ngalahkan tengok cite sedih.. berjurai2..

Sudah selesai sume tu, aku hantar dia ke depan kat abah dia.. tengok mata dia mmg merah.. macam baru lepas nangis tengok hindustan.. keh keh keh..

The best thing is, sebelum ni dia tak makan bawang, kali ni bila aku suap, dia bedal je.. sebab dia yg tumbuk, boleh?

Guess, kalau aku nak suh dia makan sayur, kena la dia yg chop2 sayur gitu gamaknya..


20 comments

Tiada ulasan: