Cari Something?

Isnin, Februari 25, 2008

Yet another..

Series of Unfortunate Events.. (best cite ni.. saja buat selingan iklan kejap..)

Aku tak bercadang pun nak tulis blog hari ni.. tapi sementara mak nak bernafas balik macam biasa, kena la tulis kan..

Ceritanya gini, around 1540 hrs tadi, aku menop-up prepaid aku.. dah tinggal nyawa-nyawa ikan okkay.. ada 4 hengget je.. keh keh keh.. dari pagi tadi aku cuba masuk M2U.. manjang dapat Our System is Busy.. Sorry for the inconvenience yada yada yada.. Sekali, to cut it short, pkl 3 lebih tu tadi la aku berjaya dapat Reload Code.. tu pun letih dok tunggu TAC.. tak tau la M2U problem ke, atau line Celcom aku yg hampas..

So, mak pun terus bukak website ni >> Web Self Care.. B4 this aku mmg dah 3-4 kali kot menop-up ikut website ni.. Sekali mak dapat Reload Failed. WHAT?

Try lagi sekali.. dapat sebijik msg yg Ms Lola dapat recently.. Aku pun hangin la.. RM30 pun, duit pe.. Terus call 1111.. Nasib baik yg ni FREE.. kalau tak, mau mak tak temper tak pasal2..

1st time cakap dgn CSE dia - suh aku tekan 2, then tekan 2.. HARAM.. tak dapat.. ntah ke mana-mana aku dibawak dengar ceramah..

2nd time dapat cakap - suh aku follow instruction lepas dia sambungkan ke Prepaid Department apa ke benda.. dua2 kali aku dapat Kod Caj Tidak Sah or something like that.. letih tawwww taip 16 digit nombor yg aku langsung tak familiar.. pergh, nasib baik aku tak hafal kan.. tu dah kira exaggerating tahap gaban namanya..

3rd time aku cakap dengan CSE, dia mintak SN.. The answer is --

No yang cik bagi takde dalam sistem kami.. Cik kena call Maybank..

Kiranya kalau apa2, saya kena mintak refund kat Maybank?

Ye cik.. ada apa2 lagi yang boleh saya tolong?

Wahh.. dah lama jugak aku tak menekan nombor 1300 88 6688 ni.. sambil dengar ayat yang menyatakan eksekutif depa tengah bz, tangan aku gedik2 lagi dok tengok balance..

*124# and... Send.. Sekali sudah ada plak balance.. RM34.01.. Sah sehingga 26/03/2008.. Alhamdulillah..

Tapi, aku serius pelik, kalau betul la Serial Number aku tak sah / takde dalam sistem CELCOM, mana plak datang RM30 dalam prepaid balance aku ni? Glitch in the system?

Nampaknya online transaction banyak bawak nasib kurang baik la nowdays.. keh keh keh.. takpun sistem2 yg ada tu kena overhaul baik punyaa.. hinsshh..

9 comments

Tiada ulasan: