Cari Something?

Isnin, Jun 23, 2008

11 months



Zeri is 11 months today.. sebulan je lagi Yan.. sebulan je lagi kau bley dapat degree.. insya-ALLAH..

/macam best je plak course breastfeeding ni.. 6 bulan sekali bley claim cert.. kah kah kah..

since makcik takde hari ni, so hubby yang jaga budak2.. tengah hari tadi aku balik umah, si kecik tu tengah tido..

"Dah lama dia tido yang.."

Pandai ek.. kalau ibu yang jaga, takmo plak dia tido.. paling lama pun tak sampai 1/2 jam!

First thing aku pi buat masa sampai umah - check peti sejuk..

"You amik botol yang kat belakang ye yang?"

"Er.. I amik yang paling sikit antara 2 tu.."

"Isk.. kat belakang tu yg fresh.. yang kat depan tu yg frozen.. ni kalau tak abis karang, kena la discard.. dah cair takley bekukan balik.. kalau yang fresh tak guna, I bley freezekan.."

"Oooo.."

Alahai my other half yg sorang ni.. kita dah susun elok2.. dia pi carik based on kuantiti plak.. mentang2 la fresh collection aku ciput je last Friday.. heee.. tapi takpe la.. dia dah tolong aku handle EBM berbagai pun dah bagus la sangat2..

as of 11 months, Zeri tengah dok jalan2 sambil berpegang-pegangan.. + dia dah suka2 hati cari position baru time nak menyusu.. mmg harus le nak babap montot tu.. hinsh..

Gigi? baru 2 batang.. 1 gigi kapak, 1 gigi kat bawah.. that leads to his new hobby - dok ketap2 gigi.. eksyen la tu.. jangan dok gigit je dah... seriau mak!


14 comments

Tiada ulasan: