Cari Something?

Wednesday, September 17, 2008

Kena reject

It've been two days. Tak tau lagi hari ni macam mana.

Zeri, @ almost 14 months reject my fresh EBM.. tp frozen yg hujung bulan 6 punya, laju plak dia consume.. very contradict! selalu org suka yg fresh.. hmm.. kenapa dik? kenapa?

sudahnya malam tadi aku SMS k Shiha.. moderator di SI.. aku tanya apa possibilities si Zeri ni bertukar selera.. sorry ek k Shiha, kacau memalam..

She replied
"There is always that possibility at any point of time. Satu lg, mebbe its due to something that u ate recently, that went into ur fresh ebm"..
To be frank, diet aku sejak ramadhan bermula cuma tambah kurma je la.. makanan lain tu macam biasa je.. dan kalau la kurma yg jadi penyebab, kenapa baru sekarang Zeri reject fresh EBM? Direct feeding mmg dia OK.. kalau jumpa aku belah petang tu, mmg tak nyempat2.. smalam dia nyusu dekat sejam+.. bayangkan la aku masak nasik nak berbuka pun dah pkl 6.45pm.. hik hik..

Petikan dari posting mama, owner susuibu.com -- dari sini

Antara faktor yang boleh merubah rasa, warna dan bau susu ibu. Antaranya:

  1. Rasa susu boleh berubah mengikut pemakan ibu. Apabila ibu memakan bawang putih contohnya, susu ibu akan mengandungi sedikit perubahan rasa. Ada kajian yang dibuat, rasa ini amat digemari oleh sesetengah bayi.

  2. Ibu yang baru selesai melakukan senaman yang berat boleh merubah rasa susu kerana asid laktik boleh meresap masuk ke dalam susu ibu.

  3. Ibu yang mengambil alkohol juga boleh merubah rasa susu yang dihasilkannya.

  4. Warna susu juga boleh berubah mengikut pemakanan ibu. Mungkin ada yang terbaca bagaimana tini007 pernah melakukan eksperimen ini terhadap susu yang dikumpulkannya. Apabila beliau mengambil banyak sayuran hijau, susunya juga menjadi agak kehijaun.

  5. komposisi dalam susu ibu itu sendiri juga boleh merubah bau dan rasa susu ibu. Contohnya, enzim Lipase yang penting untuk menghuraikan lemak dalam susu ibu, jika berlebihan (benar bagi sesetengah ibu) boleh menyebabkan susunya berbau tengik kerana proses penghuraian berlaku sebaik sahaja susu itu dikumpulkan. Untuk mengatasi masalah ini, susu itu perlu dipanaskan sehingga sedikit sebelum ia mendidih. Proses ini dipanggil 'scald'. kemudian susu tersebut harus terus dibekukan. Proses ini akan menghapuskan enzim lipase dan penghuraian lemak tidak lagi akan berlaku semasa ia disimpan. (di dalam perut bayi masih ada enzim tersebut dan jangan bimbang tentang keperluan bayi untuk menghadamkan susu ini)

  6. Cara penyimpanan susu juga boleh menjadi faktor terhadap perubahan bau dan rasa susu yang disimpan.
Apapun keadaan yang berlaku, kebanyakan fenomena ini tidak mendatangkan mudarat terhadap bayi. Namun sesetengah bayi agak lebih memilih. Maka sebagai ibu kita wajar prihatin terhdap permintaan bayi kita dengan mengambil langkah sewajarnya.

Just hoping this phase shall pass. Aku bekal 3 botol EBM, abis sebotol je smalam.. most of the time, makcik topup air masak je.. adakah sbb aktiviti berjalan a-la marathon yg aku buat + penat + mengundang asid laktik dan menyerap dalam EBM?

If yes, aku kena jalan lenggang kangkung la pi ofis lepas ni :P


13 comments

No comments: