Cari Something?

Jumaat, September 12, 2008

Muncung Sedepa

Pagi tadi, lepas Subuh, my other half terus shoot ke Pahang. I beg him to stay with me (utk menguruskan anak2) at least till 7am ke.. tapi dia telah memberikan ayat ini

"Kalau i pergi cepat, I settle cepat, kita boleh berbuka sama-sama.."

Since mak takley nak bayangkan camne gaya nak berbuka sorang2 ditemani dengan 3 Husaini itu, maka mak pun angguk la..

Kesahnya, 6.45am mak dah start kejut Amir & Arif.. Zeri tak payah okkay.. time aku mandi dia dah melalak kat depan pintu bilik air.. time aku nak solat subuh dia dah tersedu-sedu.. hik hik.. very the melekat! abis idung mata merah semua..

Paling challenging, nak mengejutkan Amir la..

"Mata Amir tak boleh bukak la bu.."

Argh! Malam tadi ibu suh tido cepat takmo.. nak jugak layan Kungfu Panda tu.. (see frens? aku dah start membebel pada pukul berapakah itu?)

Arif? Ha, mamat ni la punca tajuk posting kali ni.. muncungnya.. ya ALLAH!!! Time aku baru nak pegang dia nak kejut, tetiba dia bangun (sudahnya aku yg terkejut!) dan menyatakan ini..

"Alis taknak ibu! Alis nak abah!"

Huwaaaa.. abah takde la dik.. abah keje..

"Alis taknak ibu! Alis nak abah!"

Dia turun dari katil.. dok memperosokkan diri kat sudut dinding.. masa aku nak pujuk, tup2 dia berdiri.. terus turun bawah.. masa nak tutup pintu bilik, sempat lagi..

"Alis nak abah!"

sukati kau la dik..

Amir cooperate la sudahnya bila aku bagitau yg Zeri dah lama bangun.. kah kah kah.. mata + idung still merah tu.. hinsh.. macam pakai blusher! (aku pun takde pakai blusher2 ni.. tak nampak nyah!.. mak kan gelap!)

Dah settle sume.. kitorang anak beranak turun la beramai-ramai.. tengok2 si Arif dok tido lagi atas sofa bed.. tapi bila dia dengar kitorang bising2, dia pun bangun..

versi muncung masih ada hinggalah naik kereta adik aku, hinggalah nak turun kereta, hinggalah masuk lif, keluar lif, masuk umah makcik.. dan akhir sekali masa aku nak blah.. eee.. rasa nak geget je muncung tu!

masa aku nak blah, selalunya both Amir & Arif akan cium tangan + cium pipi ibu.. but this time, Amir je.. Arif? salam pun taknak.. uhuks.. apa la yg dia anti sangat dgn ibu ni..

so, sapa yg berkenan kat Arif tu, think twice.. kah kah kah.. merajuknya? ya rabbi.. tahap gaban okkay!

Time mood baik



19 comments

Tiada ulasan: