Hari Jumaat tu, masa last day keje, whilst org lain dah gedik2 balik kg, aku gedik2 berjalan kat Jalan TAR sampai ke Masjid India sbb nak cari baju melayu my other half yang direquest olehnya.. setelah berjalan sakan selama sejam+, sudahnya aku tak dapat apa yg dia nak.. you see, with specific color, specific design, specific corak kain berbagai.. kah kah kah.. ada jumpa sehelai, tapi kecik la plak.. hmm..
sudahnya, kami balik PD petang itu juga.. dan selamat la berbuka dalam kereta okkay.. Sabtu melepak + melahu.. Ahad start drill buat kuih tat.. 2 adunan je aku join.. adunan ke-3 aku dah hanyut.. Isnin, kitorang sambung melahu.. Selasa lepas Zohor gerak balik KL.. (apa ke jadah aku buat kat KL sehari sebelum raya?)
Kesahnya nak basuh baju anak yg menimbun2 dari PD.. basuh, basuh.. sidai, sidai, lepas Asar baru gerak balik Sabak Bernam.. thanks to jalan yg agak clear + skill rempitan si dia, maka kami berjaya sampai ke rumah atuk & nenek pada pukul 6.45pm.. Oh yes, macam biasa la.. Amir muntah dalam kereta.. si Arif yg tak mabuk tu pun, join sekali.. hik hik.. so, sementara mak bz2 membersihkan anak2 bujang tu, hubby bz2 membersihkan keretanya..
Pagi raya? uhuks.. aku sorang je tinggal kat umah berkuntau dgn hero 3 orang ittew.. siap2kan depa.. org dah balik solat baru aku dan nak mandi.. FYI, umah atuk aku ni umah bertiang.. dan bilik airnya adalah di bawah.. truly kampung kan? I like.. apa motif aku cakap ni?
Gedebuk gedebak, lepas salam raya.. masing2 melepak.. sbb abah nak tunggu Angah, my one & only sister gerak dari Gelang Patah.. sudahnya, kitorang anak beranak pi jalan2 kat pantai kejap sbb budak2 ni sume dah mati kutu tak tau nak buat apa.. nak kejar ayam, aku rasa ayam2 tu lagi besar dari diorang!
Raya kedua, raya sakan ookkay.. 6-7 buah rumah kot kitorang terjah.. 4.30pm gerak balik PD untuk menunaikan tanggungjawab beraya di rumah mentua :) so we were there sampai la Ahad..
Hari ni keje.. mak bohsan.. nak ngular! nak ngular! ada 4 orang je yg masuk keje dari 20+.. boleh?
5 comments
No comments:
Post a Comment