Mengapa?
Kerana buat julung-julung kalinya, saya membuat 3 posting dalam sehari!
Sejujurnya saya tidak berharap untuk menang, memandangkan pemenang hanya boleh membawa 2 orang anak, sedangkan saya mempunyai 3 orang anak teruna..
Apapun, tugasan kali ini menyatakan "why Family Day is important for your children."
Pada pendapat saya, family day ataupun hari keluarga adalah penting kepada anak-anak untuk melepaskan mereka dari belenggu hiruk pikuk hidup di kota metropolitan ini.
Anak-anak saya dihantar ke rumah babysitter di tingkat 8. Waktu petang, jika tidak hujan, mereka akan dibawa ke taman permainan di kawasan perumahan tersebut. Tapi dalam keadaan cuaca sekarang, faham-faham je la kan..
Pada hujung minggu, jika kami ada kelapangan
Aktiviti luaran ini boleh menjana kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak. Ia juga boleh dijadikan terapi ataupun senaman tambahan kepada ibu bapa kerana perlu mengejar anak-anak yg suka-suka hati berjalan ke sana ke mari..
Walaupun hajat di hati saya untuk bertemu dengan kak Lilian yg merupakan salah seorang pengomen tegar di awal-awal kemunculan blog saya di suatu masa dahulu, tapi jika saya tidak terpilih, saya redha..
Sekian, coretan kali ini.
7 comments:
Cik Yan??
Adakah ko sudah mendpt invitation by the time ko post entry ini?
jemputan? laa.. kena dapat jemputan dulu ke baru bley post weh? kah kah kah.. sah aku sengal..
kahkahkahkahkah!
errr.. sengal tu hape?
Dak lah. Post dulu lah. Aku yg sengal-sengal tulang ni.
Cik Yan, sayangnya komen2 yang lama tu hilang...ooh..saya yang turut bersedih nih!
ni apa kes semua buat karangan pasal family day nih?? aku blurr..
bleh dapat hadiah ek??? hikhik..nak le jugak..camno??
sengal jugak blogspot ni.. aku dah reply komen panjang2, tak appear.. ceh..
k Ana,
nak tau apa itu sengal, sila rujuk kamus dewan.. kah kah kah..
Ms Lola,
dh dapat invitation dah.. tak pegi pun takpe kann..
cik Sufira,
ada yg sempat saya selamatkan.. mana yg lama2 tu ada.. tp tak dapat la nak appear kat sini.. nama mak nak C&P, tak koser la plak..
Erna,
penangan nuffnang la ni.. kah kah kah.. kau tulis je nyah..
Post a Comment