Cari Something?

Tuesday, November 18, 2008

My Workstation

Mak kena tag dengan Mama Adib sejak 15/11 lagi.. hari ni dah 18/11 pun.. kah kah kah.. sebab musabab penangguhan ialah kerana saya tiada kamera.. pathetic kah?

Saya boleh menggunakan kamera pada handset saya.. Akan tetapi, jika saya amik gamba menggunakan handphone, saya tiada kabel.. ntah di mana2 agaknya kat umah tu.. justeru, saya hanya mampu MMS.. bila dah MMS, kecik cenonet je la gambarnya.. serupa tak payah kan?

Gambar-gambar di bawah diambil oleh colleague saya, k Ida.. terima kasih k Ida.. Jasamu dikenang.. cewah.. sian dia.. sampai nak kena bawak kamera sbb saya bersungguh-sungguh nak buat jugak tag ini..



Gambar di atas ialah laptop saya yg sedang memaparkan blog Ms Lola.. ketika itu kami sedang mengumpat tentang JS-Kit di blognya.. di belakang laptop adalah wayar-wayar network dan charger laptop yg telah saya sorokkan sebelum gambar diambil..

Nampak mug hitam tu? ha.. dalam tu la saya isi air yg dibuat oleh tea lady di ofis ini setiap pagi.. ada jugak kalendar utk saya check bila boleh nak cuti2 :P



Gambar ini pula menunjukkan telefon ofis yg sering saya gunakan untuk bertenet dengan suami saya ataupun kawan-kawan tentang hal-hal kerja gossip dan sebagainya.. di bawah tu adalah tray In Out KIV berbagai.. yg penuh dengan sampah sarap.. tisu.. getah (?) dan ntah apa-apa lagi yg tak sempat saya sorokkan..

Di tepi tray itu adalah plastik sampah berwarna hitam yg diletakkan oleh cleaner.. Beliau tak sempat nak letakkan plastik itu pada tong sampah saya kerana telah bergegas pulang pada petang semalam

Tiada dalam gambar ialah sisi belah kiri workstation saya.. apa yg ada? Er, sandwich yg saya beli di LRT Bandar Tasik Selatan utk makan2 di waktu pagi.. ketika gambar diambil, saya belum makan lagi sandwich itu.. Er, ada kotak Jacob's Weetameal.. buku nota serta botol jus pegaga.. saya segan nak mintak tolong k Ida untuk mengambil gambar di situ kerana sangat lah semak samun!

Saya harap kawan-kawan, terutamanya Mama Adib, berpuas hati dengan tugasan saya ini.

Sekian, terima kasih.

8 comments

2 comments:

knv said...

haaa.. baru boleh komen! apsal itu js kit biol ehh? hahahahah!

Fid said...

seriaunya aku