Mak dah tukar daripada
sejak beberapa minggu yg lepas.. Anda bagaimana? Hanya dengan RM12 ditolak dari akaun bank anda, wallah! Cuma bawak kad pengenalan dan/atau buku bank DAN kad bank yg berwarna kuning itu ke mana2 cawangan yg terdekat..
Cik Atie (mmg nama panggilan sebenar), a colleague of mine ada menyatakan, Carrefour di kawasan tempat tinggal beliau sudah mula tidak menerima kad berwarna kuning itu.. mak pun baru guna kad yang bergambar buah ceri itu untuk tujuan membeli-belah sebanyak 2 kali.. dua-dua di Giant.. Itupun sbb dapat point.. Untuk makluman, saya adalah seorang pengumpul point yg tegar :P
Tapi, kesahnya, kita hanya dapat 1 point bagi setiap RM3.. Belanja RM300, dapat 100 point.. kah kah kah.. dan, pernyataan point itu sangat lah lambat despite of kecepatan mereka mengambil duit dalam akaun kita.. of course la kan, dah namanya debit card :P
Memandangkan senario sebegini rupa, nampaknya, saya, selaku pengumpul point yg tegar, akan terus menggunakan credit card.. ini adalah atas dasar setiap RM1 yg dibelanjakan, saya akan memperoleh 1 point..
Disclaimer: Kaedah ini tidak bagus untuk diamalkan. Bagi sesiapa yg tidak mempunyai credit card, sila teruskan gaya hidup sihat anda.. Saya tidak bertanggungjawab atas apa2 kesan atau akibat yg berlaku hasil dari posting ini..
20 comments
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
No comments:
Post a Comment