Banyak perkara yang berubah.. 7 tahun lepas aku keje, takde punch card.. kat sini ada :) nak kuar lunch pun kena punch.. ihiks.. tp antara perubahan yg agak significant ialah pasal aktiviti mengepam.. masa kat kompeni lama, aku pump kat surau level kitorang.. bilik stor besar yg diubahsuai menjadi surau sbb barang dalam stor pun tak berapa ada.. jadinya, pemerhati PBB pun adalah kawan-kawan seofis sahaja..
Kat sini, aktiviti masih dibuat di surau, cumanya surau tu accessible kepada semua penghuni 24 tingkat bangunan ni.. so, pemerhati PBB menjadi semakin ramai :P
Based on my colleague, ada lagi sorang ibu yg turut mengepam.. tp kami tak pernah berselisih masa.. dan ibu ni baru saja pulang dari cuti bersalin.. harus mak stress kalau tengok collection dia nanti.. kakakaka..
Being here, warga sejenisnya ramah.. tak kesah la kita datang dari kompeni mana, masa dalam surau tu, borak macam dah kenal.. tambah2 bila tengok aku mengepam, most of the statement yg keluar
-- anak berapa bulan ni?
ni kira top question la kalau aku buat statistik :P
seems like rata2 mempunyai perspektif yg mengepam tu bila ada anak yg baru berusia beberapa bulan ataupun baru lepas bersalin..
bila aku jawab, setahun lebih dah.. mostly ramai yg terdiam.. tapi yg paling best petang semalam, lepas solat Asar.. mommy ni puji.. bagusnyaaa.. bla bla bla.. and she didnt stop at that.. seems like dia rasa terharu(?) ada orang yg masih mengepam walaupun anak dah setahun lebih..
dalam pada tu, ada jugak terserempak dengan ibu mengandung.. so far ibu2 yg mengandung ni tak pernah borak dengan aku lagi.. heeee.. tapi dalam hati dok terbayang aku bagi ceramah kat ibu2 mengandung ni betapa pentingnya menyusukan anak.. ni kalau diorang tak tau lagi pasal kebaikan susu ibu ni la.. ye la, i was there too.. 2 times mistake.. huh, mmg menyesal tak sudah kalau nak dikenang.. harapan aku, aktiviti mengepam ni sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi kepada ibu2 ni (jika dia belum mempunyai niat untuk menyusukan anak)..
apa pun, semoga perjalanan penyusuan Zeri berjalan lancar sampai dia 2 tahun, sekurang-kurangnya.. amiin..
14 comments
No comments:
Post a Comment